Serindit Jantan |
Serindit atau Malay Hanging Parrot . Burung Serindit juga dikenali dengan nama Malay Hanging-Parrot adalah spesis kakak tua bersaiz kecil yang hidup di kawasan tropika Asia Selatan..Di Sabah burung ini dikenali dengan nama Teripus untuk Sabah Barat..manakal Sabah Timur masih tetap menggunakan Serindit, Di utara Malaysia burung ini juga di kenali sebagai serindit.
Serindit ini boleh didapati di banyak tempat berlainan negara. setiap jenis itu memiliki ciri-ciri unik tersendiri terutama pada warna dan saiznya..Serindit Biasa atau (Loriculus galgulus) adalah yang biasa terdapat di Malaysia..
Cara Mengenali Jantina Serindit
Secara umumnya burung ini berwarna hijau. tetapi untuk mengenali jantina Serindit (Loriculus galgulus) ini agak mudah. Burung Serindit jantan terdapat warna biru pada dahi, merah pada leher dan kuning pada punggung..ini untuk memikat betina..manakala Serindit betina warnanya tidak terang dan kebiasaannya hanya hijau.
Jantan pada usia muda hanya berwarna hijau..tetapi semakin matang maka mulalah munculnya warna biru dan merah..semakin dewasa warna ini akan lebih terang..silau tu kalau tengok lama2 hehe dan warna itu akan semakin terang dan besar selari dengan umurnya..yang menjadi perhatian adalah bila warna merah itu telah melilit di leher..bergabung dengan warna biru di dahi..macam berantai tu..ganas gila..tapi kalau dapat yang paling otai lagi best..kalau dah tua burung ini akan bertukar warna kepada warna kuning seluruh badan..ni la yang menjadi kegilaan..dapat seekor mesti best..tapi susah nak dapat..bila sekali bunyi semua Serindit lebih muda jadi senyap..diam tidak berbunyi lagi..
Sebab Orang Minat Serindit
Serindit menjadi kegilaan peminat burung adalah kerana kicaunya yang merdu menusuk kalbu..biasanya digunakan untuk menjadi "master" kepada Murai Batu dan juga burung kicau yang lain..mula2 dengar memang berdesing telinga tapi kalau dah biasa sedap pulak jadinya..uniknya burung ini adalah apabila tidur atau berehat akan terbalik macam kelawar..kaki di atas..tu la tabiatnya..
Makanan Serindit ini mudah saja..Serindit makan makanan seperti, sayuran hijau dan buah-buahan,tebu, jagung, betik dan pisang. minum hanya air putih, air gula atau madu pun boleh juga..burung ni suka manis..
Best nye dapat baca info dri najmi ni haha..Takde yg salah dengan info dlm ni smuanya lengkap..Kenapa saya cakap mcm tu..Sbb saya pun pelihara burung dan tau semua sifatnya hehe..Salam satu hobi
ReplyDelete